Monday 15 August 2011

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Sabah


Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini telah ditubuhkan pada tahun 1964 bagi memberikan pemulihan kepada anak orang utan yang hidup terbiar. Hutan Simpan Sepilok terletak di pantai timur Sabah lebih kurang 24 km dari bandar Sandakan. Hutan simpan Kabili-Sepilok ini meliputi kawasan hutan hujan tropika seluas 4,300 hektar, di mana ia di bawah pentadbiran Jabatan Hidupan Liar Sabah. Pusat ini telah menarik para pelancong dan penyelidik dan memberikan mereka peluang untuk melihat orang utan secara dekat di dalam habitat semula jadinya. Laluan berpapan akan membawa pelancong ke galeri tontonan dan pentas untuk memberikan makanan. Di sana para pelancong akan dapat menyaksikan bagaimana haiwan ini diberikan susu dan pisang sebanyak dua kali sehari pada setiap pukul 10.00 pagi dan 3.00 petang oleh renjer yang bertugas. Semasa pemberian makanan, monyet berekor panjang juga turut datang ke kawasan itu.
Para pelawat ditegah daripada melalui laluan pejalan kaki. Meskipun ada di antara orang utan yang telah biasa dengan pelawat, akan tetapi anda ditegah daripada menyentuh haiwan ini. Haiwan ini secara semula jadinya amat pemalu dan lembut, namun begitu, ada sebahagiannya yang agak nakal lalu merampas kamera atau topi anda. Sekiranya hal tersebut berlaku, anda perlu memaklumkan kepada pihak renjer kerana anda tidak boleh menangkap sendiri haiwan seberat 200 paun ini.

Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang yang hanya terdapat di hutan rimba iaitu lebih kurang 217 spesis burung, 70 spesis mamalia dan sekurang-kurangnya 400 spesis pokok kayu.
Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di bawah senggaraan Jabatan Hidupan Liar, bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semulajadi mereka.  Binatang lain yang dilindungi yang hidup bebas di pusat ini adalah seperti Kelawar, Kera, Beruang, Kucing Hutan dan Buaya.

Gunung Kinabalu, Sabah


Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.
Pemandangan dari puncak Gunung Kinabalu

Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Ocenia. Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania". Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.
Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.
Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu:
  • Puncak Low's (Low's Peak) (4095.2m)
  • Puncak St. John's (St. John's Peak) (4090.7m)
  • Puncak Oyayubi Iwu (Oyayubi Iwu Peak) (3975.8m)
  • Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)
  • Puncak Raja Edward (King Edward Peak)
  • Puncak Telinga Keldai (Donkey Ears Peak)
  • Puncak Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman Peak)
Pemandangan ketika matahari terbit

Sunday 14 August 2011

Sungai Kinabatangan


Sungai Kinabatangan sepanjang 560 km terletak berhampiran dengan daerah Sandakan, Sabah. Sungai ini merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas Sungai Rajang. Sungai ini mengalir dari kawasan pergunungan di barat daya Sabah ke Laut Sulu di timur.


Takungan air di sungai Kinabatangan merupakan takungan air tunggal terbesar di Sabah dan membanjiri sehingga kawasan luar dari daerah Sandakan. Takungan air sungai Kinabatangan terletak 20 kilometer dari muara dan dapat mengelakkan kemasukan air masin ke sungai. Aktiviti pembalakan dan pertanian telah mengeruhkan air sungai Kinabatangan. Bagaimanapun loji pemproses air membersihkan air untuk minuman dan dipam ke Sandakan dengan menggunakan paip besi 900 mm.







Sanktuari Hidupan Liar di Hilir Kinabatangan menjadi tarikan pelancong asing untuk menyaksikan sendiri kehidupan orang utan di habitatnya. Orang utan hanya terdapat di Borneo dan Sumatera. Di sepanjang sungai ini terdapat beberapa chalet yang dikendalikan oleh Sukau Rainforest Lodge dan Kinabatangan Riverside Lodge. Pengunjung berpeluang melihat kera hantu, kongkang, ungka , beruk dan lain-lain. Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan ini dibuka pada tahun 1984. Pelancong juga boleh melihat rumah dan cara kehidupan penduduk di Kampung Sukau. Bot untuk merentasi Sungai Kinabatangan turut disediakan kepada mereka yang berani menempuh cabaran .








Sungai ini berpunca dari pergunungan di kawasan barat daya Sabah. Muara sungai ini terletak di Laut Sulu. Sungai Kinabatangan terus kekal sebagai salah sebuah daripada ekosistem yang terkaya di dunia. Kawasan persekitaran sungai ini mengandungi lima habitat yang berbeza – dipterokarpa atau kering, tanah berair dan hutan batu kapur, dan paya air tawar dan air masin. Lembangan bawah sungai merupakan kawasan hutan yang diliputi oleh dataran banjir yang terbesar di Malaysia dan mempunyai tumpuan hidupan liar yang terbesar di rantau Asia Tenggara.










Selain daripada menjadi rumah kepada orang utan asli Borneo dan monyet probosis, persekitaran hutannya juga merupakan salah satu daripada dua tempat di dunia ini yang menempatkan 10 spesies mamalia di dalamnya. Kesemua lapan spesies burung enggang yang terdapat di Borneo turut menjadikan kawasan ini sebagai rumah mereka.