Sunday 14 August 2011

Sungai Kinabatangan


Sungai Kinabatangan sepanjang 560 km terletak berhampiran dengan daerah Sandakan, Sabah. Sungai ini merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas Sungai Rajang. Sungai ini mengalir dari kawasan pergunungan di barat daya Sabah ke Laut Sulu di timur.


Takungan air di sungai Kinabatangan merupakan takungan air tunggal terbesar di Sabah dan membanjiri sehingga kawasan luar dari daerah Sandakan. Takungan air sungai Kinabatangan terletak 20 kilometer dari muara dan dapat mengelakkan kemasukan air masin ke sungai. Aktiviti pembalakan dan pertanian telah mengeruhkan air sungai Kinabatangan. Bagaimanapun loji pemproses air membersihkan air untuk minuman dan dipam ke Sandakan dengan menggunakan paip besi 900 mm.







Sanktuari Hidupan Liar di Hilir Kinabatangan menjadi tarikan pelancong asing untuk menyaksikan sendiri kehidupan orang utan di habitatnya. Orang utan hanya terdapat di Borneo dan Sumatera. Di sepanjang sungai ini terdapat beberapa chalet yang dikendalikan oleh Sukau Rainforest Lodge dan Kinabatangan Riverside Lodge. Pengunjung berpeluang melihat kera hantu, kongkang, ungka , beruk dan lain-lain. Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan ini dibuka pada tahun 1984. Pelancong juga boleh melihat rumah dan cara kehidupan penduduk di Kampung Sukau. Bot untuk merentasi Sungai Kinabatangan turut disediakan kepada mereka yang berani menempuh cabaran .








Sungai ini berpunca dari pergunungan di kawasan barat daya Sabah. Muara sungai ini terletak di Laut Sulu. Sungai Kinabatangan terus kekal sebagai salah sebuah daripada ekosistem yang terkaya di dunia. Kawasan persekitaran sungai ini mengandungi lima habitat yang berbeza – dipterokarpa atau kering, tanah berair dan hutan batu kapur, dan paya air tawar dan air masin. Lembangan bawah sungai merupakan kawasan hutan yang diliputi oleh dataran banjir yang terbesar di Malaysia dan mempunyai tumpuan hidupan liar yang terbesar di rantau Asia Tenggara.










Selain daripada menjadi rumah kepada orang utan asli Borneo dan monyet probosis, persekitaran hutannya juga merupakan salah satu daripada dua tempat di dunia ini yang menempatkan 10 spesies mamalia di dalamnya. Kesemua lapan spesies burung enggang yang terdapat di Borneo turut menjadikan kawasan ini sebagai rumah mereka.

No comments:

Post a Comment