Sunday 7 August 2011

Sejarah Bendera Negeri Sabah

 
     Inilah gambar bendera Sabah. Bendera yang setiap pagi perhimpunan sekolah yang akan dinaikkan dan diiringi dengan lagu Sabah Tanah Airku. Kalau dilihat sejarah bendera Sabah yang turut bertukar-tukar sebenarnya boleh dirujuk kepada sejarah negeri ini sendiri yang pernah ditadbir oleh Kesultanan Brunei, Sulu, British, Jepun dan kembali kepada British dan akhirnya merdeka dalam Malaysia 16 September 1963.

      Kenapa nama Sabah negeri ini? Merujuk kepada pautan wikipedia, dapatlah diringkaskan asal nama Sabah adalah berasal daripada nama asli penduduk peribumi di negeri ini bagi bahagian tertentu di pantai barat laut. Ini dikuatkan lagi dengan penggunaan nama Sabah pada 1877 sempena penganugerahan gelaran Maharaja Sabah kepada Baron Gustave Von Overbeck (salah seorang pengarah syarikat British North Borneo Company) oleh Sultan Brunei, Abdul Momin (1852-85).

No comments:

Post a Comment